Monday, February 23, 2009

DUNIA INDAH FRIM

FRIM, itulah yang terlintas difikiran aku ketika perbincangan bersama vouge,abe,booy dan rahmat untuk memilih tempat peranginan sebagai lokasi percutian kami dan alumni KKTMPM's Arch bagi tahun ini(percutian kami yang pertama sebenarnya.huh!) .Namun FRIM bukan lah pilihannya. Cuma aku jadikan tempat utk beriadah bersama kawan2 yang gemar mengambil foto pada hujung minggu.


SABTU, 21 FEB 2009

Seperti yang telah dijanjikan pertemuan telah ditetapkan pada pukul 8 pagi di FRIM telah dimungkiri oleh meraka-mereka yang bergelar wanita ni..aku dan rahmat cepat je sampai ke lokasi.hampir pukul 9 barulah kelibat booy, vouge dan miera kelihatan..haha..huh.hampeh je.Setalah sarapan yang agak berat diambil, (konon nya nak mendaki bukit FRIM la lepas tu) perjalanan kami pun bermula untuk merakamkan panorama-panorama indah dalam FRIM ni.kesegaran udara yang dihirup mula terasa dengan persekitaran dikelilingi oleh pokok-pokok kayu yang besar yang memjadi teduhan ketika berajalan.mujurlah ada FRIM, dapat lah merasa keindahan hutan hujan tropika di pinggiran bandaraya Kuala Lumpur ni..

RANGERS!
Lokasi telah pun sampai, subjek pun telah kami jumpai.Tanpa berfikir panjang, masing-masing mengeluarkan 'senjata' untuk bertempur.Rahmat, Mera dan Booy nampaknya begitu asyik merakamkan benda disebalik batang-batang pokok sedang aku terus memasang kamera pada tripod bagi mengelakkan berlakunya gegaran ketika merakam foto dalam keadaan 'slow shutter'. Sedang kami begitu leka merakamkan air terjun yang sengguh menyegarkan ni, tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki yang boleh dikatakan tua umurnya dengan nada agak tegas. "korang ambik gambar ape ni?" aku agak terkejut dengan soalan ini terus menjawab walaupun berasa pelik."err kitorang ambik gambar air sungai ni la." pakcik tu pun terus bersuara."yela..untuk ape?" Dalam hati aku kata "laa tanya la ambik gambar untuk ape tadi..ni tanya ambik gambar ape..padahal dia nampak apa yang aku ambik.huh!" pastu aku jawap lagi.."saje je ambik gambar ni..sekadar hobi" pakcik tu pun barkata lagi " mintak maaf ye..sekarang FRIM hanya buka kepada peserta pertandingan fotografi sahaja untuk mengambil gambar. korang ada borang penyertaan? kalau takde, sila ambil kat pejabat dulu sebelum ambik gambar.Saya RENJER kat sini.Saya boleh denda korang" wah! garangnya pakcik ni..."maaflah en renjer.kitorang tak tau pun pasal ni" tanpa bercakap banyak, kami pun terus berlalu dari situ untuk ambil borang tu."alah.ambik je borang tu. bukan nak masuk pertandingan pun"




VOUGE
Kalau mengikut silibus untuk 'outing' hari tu..ada lagi satu slot dimana kami perlu merakam foto berbentuk 'potret luar pintu' atau lebih dikenali sebagai 'outdoor potraiture'. seorang model sukarela telah pun kami bawa sekali pada hari tu.Miss Vouge nama timangannya nampak begitu selesa mengenakan busana kebaya antik milik ibu kepada Booy. Begitu anggun sekali vouge ketika itu dengan berlatar belakangkan flora-flora yang menghijau berhampiran 'The Malay tea House'. Ibarat mangsa dan pemangsa, teruk vouge dikerjakan.pelbagai 'pose' digayakannya tanpa banyak soal.lebih-lebih lagi mengikut idae Rahmat yang suka bereksperimenkan dengan sudut-sudut pelik dan unik.Apapun, terima kasih Vouge kerana sudi jadi 'mangsa'.(nanti den belanjo ko karipap.2 paket pun den buleh bagi)

Jam ditangan telah pun menunjukkan waktu pukul 3 petang. lama juga outing kali ni.dengan keaadaan badan yang adak tidak selesa kerana berpeluh dan miang-miang disebabkan berguling atas rumput, kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja walaupun belum berasa cukup untuk merakam foto pada outing kali ini.tidak mengapalah, jika ada waktu terluang pasti kami akan datang kembali ke FRIM ni. Terima kasih semua kerana sudi menyertai outing kali ni..Miera, Mat, Booy, mana foto korang?


dari kiri, Rahmat, Booy, Vouge, Miera dan Aku

6 comments:

  1. wa...vouge next shot ikut yer... aku jeles ngan ko nyer 50mm huh tunggu ko!!

    ReplyDelete
  2. hehehe..sabar2..bawak bertenang..hahaha

    ReplyDelete
  3. nurulinda nordin - xkan jeles je..angkat la satu..huhu..

    ReplyDelete
  4. haha...xpe booy..yakin boleh..hehe...gmbr den ni byk kek pokok2 kan...klu amek gmbr kek sg pun cantek permandangan er...haha

    ReplyDelete
  5. Ha! Akhirnya bole comment huhuh (lupa password blogspot maklumlah x penah kuar blog kat situ)

    Weh, mana citer akak kedai teh herba? Hahaha

    ReplyDelete
  6. aku tiada di lokasi kejadian la masa tu..hehehe

    ReplyDelete