Saturday, May 9, 2009

KUALA LIPIS, PAHANG



KENDURI
Buat kedua kalinya aku sampai ke sini selepas selesai tugasan di kampung Sega tat, Raub. Terima kasih kepada pasangan pengantin baru Idil dan Ila kerana menjemput aku untuk merakamkan foto sepanjang majlis perkahwinan mereka.Sebuah majlis yang berlatar belakangkan suasana kampung yang masih lagi menitik beratkan keharmonian dalam masyarakat.Diuruskan secara bergotong-royong bersama sanak saudara, sahabat handai serta penduduk kampung. Ia indah sekali dan patut dikekalkan selamanya. setelah selesai majlis akad nikah pada petang jumaat, aku bercadang untuk menginap di Kuala Lipis memandangkan di sana banyak terdapat hotel-hotel (murah) untuk bermalam sementara menunggu majlis persandingan pada keesokan hari.


KUALA LIPIS
Kuala lipis yang pada ketika dahulu adalah pusat kepada perlombongan emas sebelum penjajahan british sekitar tahun 1887. Pada 1898 bandar Kuala Lipis menjadi ibu negeri bagi negeri pahang sebelum berpindah ke Kuantan pada tahun 1953. Selepas itu, Kuala Lipis menjadi bandar yang agak suram.Tapi tak mengapa.Bagi aku, bandar Kuala Lipis tenang dan dikelilingi oleh hutan-hutan yang menghijau.InsyaAllah suatu hari nanti pasti aku akan berkunjung ke sini lagi.






sempat merakamkan pada waktu malam sahaja sebelum 'check-in' di hotel berhampiran

Sunyi dan tenang, beginilah bandar Kuala Lipis pada malam hari tanpa keriuhan seperti bandar-bandar besar yang lain

Bandar Kuala Lipis lama dengan bangunan-bangunan becirikan colonial diterangi oleh lampu-lampu yang indah


No comments:

Post a Comment